Thursday 11 August 2011

kisah Luqman Al-Hakim dengan seekor baghal

gambar hiasan
bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum dan salam sejahtera keatas kalian, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya masih dipinjamkan kita nikmat hidup didunia ini, masih lagi dipinjamkan nikmat pancaindera agar dapat kita mentadabbur kehebatan ciptaannya, disini suka ana berkongsi dengan saudara saudari sekali kisah luqman al-hakim.

siapa itu Luqman Al-Hakim?? Luqman Al-Hakim bukanlah seorang nabi ataupun rasul, namun begitu terdapat juga pendapat yang mengatakan luqman al-hakim ini seorang nabi tetapi tidak dilantik untuk menjadi seorang rasul. beliau hanyalah seorang arab badwi yang kurang dari segi rupanya tetapi sangat indah imannya. atas kecerdasan dan kebijaksaan beliau, namanya dicatatkan oleh Allah S.W.T dalam satu surah di dalam Al-qur'an sebagai pengajaran kepada umat Nabi Muhammad S.A.W untuk diteladani kisah hidupnya dan juga menghayati pesan-pesanan yang ditinggalkannya.

Alkisah tersebutlah dalam satu riwayat mengatakan Luqman Al-Hakim bersama seorang anaknya berhajat untuk pergi ke pasar dengan membawa seekor baghal yakni kacukan diantara kuda dan keldai yang mana tubuhnya lebih tegap dari kuda namun tidak mampu memecut laju seperti kuda. dalam perjalanan mereka itu, mereka terpaksa menempuhi beberapa buah perkampungan.


kemudian  tibalah mereka di perkampungan pertama, melihat keadaan Luqman Al-Hakim dan anaknya itu, orang kampung pun berkatalah " wah, lihat orang itu! sungguh tidak bertimbang rasa! sedangkan dia sedap sedap di atas baghalnya, anaknya pula disuruh berjalan. terdengarlah Luqman Al-Hakim akan kata-kata mereka. sekali lagi dia tidak menyenangi percakapan mereka, Luqman Al-Hakim pun berfikir, ada benar juga kata mereka itu.

kasihnya ayah terhadap seorang anak, tidak mahu melihat anaknya keletihan. Luqman Al-Hakim menyuruh anaknya menunggangi baghal tersebut sambil beliau menarik tali pada baghal tersebut, sedang mereka melintasi perkampungan yang kedua, kedengaran lagi suara sumbang berkata "wah, sungguh biadap anak itu, enaknya beliau menunggangi baghal tersebut sambil ayahnya disuruh berjalan". terdengarlah Luqman Al-Hakim akan suara itu, ternyata beliau tidak senang diperkatakan begitu. dalam berat hati, beliau pun menlompat naik ke atas bersama-sama anaknya menunggangi baghal itu, mereka pun meneruskan perjalan.

mereka pun melewati perkampungan yang ketiga, orang kampung sangat hairan melihat keadaan Luqman Al-Hakim dan anaknya itu. ternyata mereka tidak menyenangi tindakan Luqman Al-Hakim bersama anaknya. berkatalah mereka " sungguh kejam orang itu, tidakkah beliau tahu yang baghal sangat tersiksa membawa beban berganda? " tidak mahu perkara itu dipanjangkan, Luqman Al-Hakim dan anaknya pun turun sambil bersama-sama menarik baghal itu. mereka pun terus berlalu meneruskan perjalanan.

setibanya mereka dipasar, sekali lagi kesabaran Luqman Al-Hakim teruji, berkatalah orang dipasar " Lihat! alangkah bodohnya mereka itu! ada baghal tetapi berjalan kaki". rentetan dari peristiwa itu Luqman Al-Hakim mencari hikmah disebalik kejadian yang mereka alami.



dalam perjalanan pulang maka berpesanlah Luqman Al-hakim kepada anaknya " sesungguhnya setiap orang tidak terlepas dari menjadi hal percakapan manusia yang lain, orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah jualah dia menyerahkan pertimbangan itu, barangsiapa yang menemui kebenaran, itulah yang menjadi kebenarannya dalam pertimbangan dalam tiap-tiap satu hal".

kemudian Luqman Al-Hakim pun menambah pesannya lagi " wahai anakku, tuntutlah kamu rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir, sesungguhnya dengan fakir itu akan datang tiga perkara, iaitu lemah keyakinan (iman) terhadap agamanya. lemah akalnya ( mudah ditipu dan diperdaya). dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadian), dan lebih celaka orang itu barang siapa yang suka merendah-rendahkan dan meringankan-ringankan perkara tersebut".

begitulah salah satu dari cebisan riwayat hidup Luqman Al-Hakim, yang mana beliau sentiasa berfikir untuk mencari hikmah setiap kejadian yang berlaku ke atas dirinya. disini beliau berpesan supaya setiap keputusan dan pertimbangan itu hendaklah diserahkan kepada Allah dahulu dan minta diberi petunjuk ataupun hidayah sebelum melakukan sesuatu tindakan. beliau juga menekankan bahawa minta dijauhkan kefakiran dengan mencari rezeki yang hahal, kerana dengan kefakiran itu menyebabkan manusia menjadi lemah imannya dan lemah akalnya, hal ini kerana kefakiran menyebabkan manusia terdesak dalam mencari rezeki yang halal lagi suci, kerana keadaan itulah manusia sering terburu-buru dalam membuat keputusan dan lama kelamaan manusia menjadi tumpul dan lemah akalnya.


2 comments: