Wednesday 14 December 2011

Setiap Hukum dan Hikmahnya




Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”

 
(Muslim)


Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.



sumber: JAKIM

syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis

bismillahirrahmanirrahim

gambar hiasan

sebuah syair untuk semua..


Tuesday 13 December 2011

mazhab

bismillahirrahmanirrahim..

dalam masa kini, kita mula lihat, setelah lama kita dipengaruhi oleh pemikiran barat yang kononnya memperjuangkan modenisasi dalam pemikiran dan sebagainya, setiap muslim mula sedar, mula celik.. bahawa agenda dan dakyah yang dibawa oleh barat tidak mampu memberikan kemajuan mahupun keamanan kepada manusia sejagat, kerana pemikiran yang dibawa oleh barat sama sekali bercanggah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. oleh itu, umat Islam telah mula bangkit mencari semula "Islam" yang lama "hilang" dalam kehidupan mereka, usaha-usaha untuk mendapatkan Islam diantaranya adalah dengan mencari kefahaman tentang Islam, seterusnya menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup mereka. namun begitu, masih ramai yang mengamalkan Islam secara ikut ikutan, dengan tidak memahami apa yang mereka amalkan selama ini, apakah sumber yang menjadi amalan mereka, mengapa keadaan itu menjadi begitu dan sebagainya, dan yang mereka pasti adalah mereka berbangga mengikut mazhab-mazhab.. "aku adalah mazhab ini.. aku adalah yang terbaik".. oleh sebab keangkuhan mereka ini, mereka sukar untuk dikeluarkan dari lingkungan kejahilan, oleh yang demikian, marilah kita sama memahami, apakah Islam itu dilahirkan memang dalam bentuk mazhab-mazhab? huraian ringkas Dr Asri dalam video dibawah sedikit sebanyak akan membuka minda kita, dengan syarat, menerima ilmu dalam keadaan berlapang dada dan memberi tumpuan sebaiknya


jadi.. sedikit sebanyak selepas tonton penerangan dari ustaz Dr Asri Zainul Abidin..  minda kita akan terbuka sedikit, jadi bagaimana pula kalau kita "campur-campur" ya kesemua mazhab ni... mari kita dengar lagi penerangan berkenaan hal ini


hmmm... sekarang makin jelas bukan.. amalan ni sebenarnya berpandukan Al-Quran dan Al-hadis dengar lagi penerangan yang baik dari Dr Asri


lepas tengok semua ni harap kalian bertambah faham lah .. moga dengan ini kefahaman kita mengenai Islam lebih mendalami.. seterusnya menjadikan Islam itu memang pilihan cara hidup kita bukannya disebabkan oleh  keturunan atau ikut secara taqlid buta.. Allahumma faqihna fid din.. :)

Monday 12 December 2011

Hukum Merokok - Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Huraian hukum merokok oleh Al-Fadhil Ustaz Sheikh Nuruddin Al-Banjari



Punca Segala Bencana



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

 
(Muslim)


Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)



sumber : JAKIM