bismillahirrahmanirrahim,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua.
itulah yang boleh ana katakan tentang riwayat hidup Al-Imam Syed Qutb, sememangnya hidup ulama' ini penuh dengan bakti dan budi pada agama Allah. siapa ini Syed Qutb? ana pasti ramai diluar sana masih janggal dengan nama ini. namun nama inilah yang menggerunkan musuh Allah semasa hayatnya. pelik bukan? kuffar lebih mengenali tokoh ini. cukup takut jika lidah Al- Imam Syed Qutb berkata-kata, cukup takut jika penanya menulis kalimah tauhid. kata-katanya mampu mengoncang dunia, menghancurkan ideologi-ideologi barat yang sesat. penanya mampu menarik pemuda-pemuda ke jalan jihad, begitu lah hebatnya ulama' ini.
dilahirkan pada tanggal 9 oktober 1906, ibu dan bapanya tergolong dalam kalangan mukmin yang sangat mematuhi Al-Qur'an. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Syed Qutb amat terkesan dengan sifat dan keperibadian ibu bapanya. hasilnya, Syed Qutb sangat cinta akan Al-Qur'an. ulama' ini sangat suka membaca dan mendalami Al-Qur'an. beliau gemar mendengar alunan suci ayat-ayat Al-Qur'an, sehinggakan beliau bercita-cita memiliki suara yang lunak supaya dapat mengalunkan aya-ayat suci Al-Qur'an dengan merdu dan pada suatu hari mampu menjadi seorang qari. namun, apalah daya bakat yang dikurniakan Allah bukan pada kelunakan suara, tetapi kecerdasan akal fikirannya. Al- Imam Syed Qutb mula menghafaz Al-Qur'an seawal usia 10 tahun.
berkat didikan orang tuanya, Syed Qutb berjaya melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum (Universiti Kaherah) seterusnya mendapat ijazah dalam bidang sastera (pendidikan). memulakan tugas sebagai pengajar di darul ulum dan kemudiannya sebagai nazir sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir. atas kurniaan tuhan, kecerdasan otaknya dizahirkan dengan baik oleh penanya, cara penulisan beliau sangat digemari oleh pemuda-pemuda yang dahagakan ilmu, tulisan-tulisan beliau sering dikeluarkan akhbar dan majalah. tintanya sangat berpengaruh dalam dunia sastera. tinta emasnya sering dinanti. antara yang popular dan masih digunakan sehingga hari ini ialah Tafsir Fi Zilalil Qur'an. oleh sebab demikian, beliau memutuskan untuk menulis buku nya sendiri. dari tahun 1945-1950 beliau telah menulis sebanyak 26 naskah buku berkenaan satera Ilmiyah. oleh sebab pengaruhnya yang sangat kuat, rejim sekular Jamal Abdul Nasir telah menghantar Al- Imam Syed Qutb ke Amerika selama dua tahun untuk mengkaji sistem pendidikan disana.
tujuan rejim Jamal Abdul Nasir tidak lain ialah untuk mempengaruhi jiwa Syed Qutb dengan budaya barat. tetapi iman kunci kepada segalanya, iman beliau sedikit pun tidak goncang sewaktu berada disana, bahkan bertambah mantap. di Amerika Al-Imam Syed Qutb melihat sendiri keruntuhan akhlak masyarakat barat. disana beliau pernah diserang sakit yang menyebabkan beliau terlantar di hospital, beliau telah melihat satu peristiwa pelik, dimana sekupulan manusia berpesta bersama pesakit. beliau pun merasa hairan dengan kejadian itu. untuk mengetahui lebih lanjut, dia pun menyapa mereka dan bertanya, untuk apakah pesta mereka itu? jawapan yang diterima agak mengejutkan, kata mereka, mereka meraikan kematian "pengganas" Hassan Al- Banna. beliau bertambah hairan, siapakah Hassan Al-Banna itu? kematiannya melegakan kuffar.
bermulalah lembaran baru buat Syed Qutb, sekembalinya Al-Imam Syed Qutb ke mesir, rentetan dari peristiwa tadi beliau pun mula mengkaji akan Hassan Al-Banna ini, disinilah beliau menemui Ikhwanul Muslimin. barulah beliau sedar, rupanya itulah tokoh yang pergi itulah As-Syahid Imam Hassan Al- Banna, seorang mujaddid Islam, penyatu ummah! beliau pun menyertai ikhwanul muslimin. atas komitmen yang tak berbelah bagi pada Ikhwanul Muslimin dan keperibadian beliau yang luhur, pada 1954, beliau dilantik sebagai ketua pengarang majalah Ikhwanul Muslimin. namun begitu, selepas dua bulan beliau dilantik, rejim Jamal Abdul Nasir mengharamkan majalah tersebut. namun begitu, semangat da'ie yang ada dalam dirinya dan ikhwan yang lain tidak sedikit pun luntur. usaha dakwah mereka masih diteruskan.
merasakan kedudukannya tergugat, pada 1955, rejim Jamal Abdul Nasir telah menahan Al-Imam Syed Qutb bersama-sama ikhwan yang lain. Al-Imam Syed Qutb dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan kerja berat. di dalam tahanan, Al-Imam Syed Qutb beri seksaan yang teruk oleh rejim Jamal Abdul Nasir. Rejim Jamal Abdul Nasir dikatakan telah membuat tawaran pembebasan kepada Al-Imam Syed Qutb menyuruh beliau menulis surat memohon maaf kepada rejim Jamal Abdul Nasir. namun Al-Imam Syed Qutb menolak dengan kata yang penuh makna dan hikmah, menjadi pedoman buat pejuang agama Allah sehingga hari ini :
“Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya”
pada tahun 1964, Al-Imam Syed Qutb dibebaskan selepas rejim Jamal Abdul nasir menerima surat dari kerajaan Iraq, bagi menjaga hubungan baiknya dengan Iraq, rejim Jamal abdul Nasir pun membebaskan "musuh" beliau itu. namun, pembebasan itu tidak lama, tidak sampai satu tahun Al-Imam Syed Qutb ditahan semula atas tuduhan ingin menggulingkan kerajaan, dia bersama adik beradiknya beserta puluhan ribu anggota Ikhwanul Muslimin yg lain ditahan dan dipenjarakan.
pada tahun 1966 Al-Imam Syed Qutb bersama rakan seperjuangannya Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tentera Rejim Abdul Jamal Nasir. tanggal 13 jamadil Awal 1386 Hijrah, bersamaan 29 Ogos 1966. syahidlah penegak kalimah Allah bersama kemegahan. bersama sejuta kebangkitan ikhwan. Al-Fatihah. marilah kita hayati sajak beliau sebelum ke tali gantung.
Sahabat,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.
(Al-Maghfulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,Isnin 13 Jamadilawal 1386)
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.
(Al-Maghfulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,Isnin 13 Jamadilawal 1386)
credit to: hasbiemuda.wordpress.com
syahirzahari.blogspot.com
syahirahhanimidris.blogspot.com
No comments:
Post a Comment