Wednesday 10 August 2011

andai ini peluang terakhirku

Bismillahirrahmanirrahim,
bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk kita bernafas tika ini. Namun adakah kita sedar, apakah tujuan utama dipulangkan semula roh yang pada malam nya telah meninggalkan jasad kita, kemudian dihembus semula ke jasad kita lalu diberi kita peluang untuk meniti kehidupan kita didunia ini?? itulah tanda sang pencipta masih menyayangi kita, kasihkan akan hamba hamba nya. masih diberi peluang untuk kita memohon keampunan terhadap segala kekhilafan yang kita lakukan pada masa lalu.

PELUANG, ya, masih diberi kita peluang untuk menyucikan diri sebelum dipanggil menghadap Ilahi. Namun, berapa ramaikah yang sedar akan peluang ini? berapa ramaikah yang cuba merebut peluang ini? sayang, seribu kali sayang, masih ramai lagi tidak sedar akan PELUANG yang diberikan Allah S.W.T ini. masih ramai lagi yang leka dengan duniawi. masih ramai lagi yang masih tertipu dengan fitnah dunia. andai esok kita sudah tidak diberi peluang, sudah bersediakah kita?? peluang hanya sekali, tiada peluang kedua! bayangkan jika kita dipanggil menghadap Ilahi dalam keadaan yang mana diri kita masih lagi leka dengan keduniaan. alangkah ruginya kita, kerana PELUANG yang diberi tidak digunakan dengan sebaiknya. alangkah sedihnya jika kita bertemu sang pencipta dalam keadaan yang kotor. alangkah sedihnya ruh kita tatkala melihat jasad yang selama ini yang dahulu menjadi pendamping setia tatkala didunia, kaku, gugup tika cuba menjawab soalan munkar dan dan nakir. bertambah sayu ruh kita melihat pemdaming setianya, sang jasad diseksa di alam barzakh.

Wahai tuhan, ku tak layak ke syurgamu,
namun tak pula, aku sanggup kenerakamu,
ampunkan dosaku, terimalah taubatku

oleh itu, sedarlah! bahawa hembusan nafas kita pada tika ini adalah ihsan dan kasihnya Allah S.W.T kepada kita. diberinya hambanya yang kotor lagi hina ini PELUANG menyucikan diri sebelum menerima panggilan Ilahi. oleh itu, marilah kita sama- sama merebut PELUANG yang diberi ini supaya tidak menyesal dikemudian hari. marilah kita bertungkus lumus memenuhi buku catatan amalan kita dengan kebaikan, dan ingatlah, peluang hanya datang sekali, tiada yang kedua, moga kita sama sama dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan dan memohon keampunan supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi. moga sama sama kita dapat memasuki jannatul firdausi yang kekal abadi. amin.

lirik : iktiraf-raihan
pic take from: http://pondoktauhid.blogspot.com

No comments:

Post a Comment