Thursday 11 August 2011

berpuasakah aku??


bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kalian, alhamdulillah masih lagi kita diberi peluang untuk mengharungi fasa ke-2 ibadah puasa bulan ramadhan tahun ini, 10 hari telah berlalu, namun adakah muslimin dan muslimat sekalian mencapai objektif puasa itu sendiri yakni mendidik jiwa dan nafsu menjadi lebih baik dan sentiasa terdorong ke arah kebaikan? adakah puasa muslimin muslimat pada hari- hari yang lalu mendapat pengisian yang secukupnya? atau dibiarkan kosong seperti kosongnya perut disiang hari?

 puasa diertikan dengan menahan lapar dan dahaga dan meninggalkan perkara perkara yang boleh membatalkan puasa. namun, untuk mendapat barakah puasa itu sendiri bukan semudah itu, rohani kita tidak seharusnya turut dibiarkan kosong, rohani kita perlu disuap dengan dengan amal kebaikan dan ibadah supaya nafsu itu terdidik dan diasuh oleh perkara ibadah dan kebaikan yang kita lakukan lantas menjadi tunjang pengukuhan iman. dan iman yang kuatlah menjadi asas kepada akidah yang mantap. hanya mentauhidkan Allah yang esa. alangkah bahagianya kita jika dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. sabda Nabi Muhammad S.A.W

 Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

namun, jika puasa kita diisi dengan perkara perkara duniawi yang melalaikan, kita seolah olah mendidik nafsu kita agar cinta kepada perkara perkara tersebut menyebabkan nafsu kita liar dan sentiasa mengejarkan keduniaan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan iman. jadilah kita seorang muslim yang  lemah iman nya.  tidak ubah seperti buih dilautan, yang rapuh dan mudah pecah pabila ditiup sang angin. sia sia lah puasa kita seharian kerana gagalnya kita mendidik nafsu kita agar sentiasa meninggalkan larangan Allah S.W.T dan melaksanakan suruhannya. tergolonglah kita dalam kalangan orang yang rugi



عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه

 Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga

alangkah ruginya kita selepas seharian berpuasa, keberkatan yang diharapkan, namun hanya mendapat lapar dan dahaga. marilah kita hayati satu bait syair arab yang berbunyi begini:

jika aku tidak dapat menutup telingaku dari mendengar keburukan,
tidak dapat menundukkan mataku dari melihat benda yg haram,
tidak dapat mengawal lidahku dari berkata dusta,
maka habuanku dari berpuasa hanyalah lapar dan dahaga,
meskipun aku mengakui diriku bepuasa

oleh yang demikian, muslimin dan muslimat sekalian, janganlah kita biarkan kepenatan berpuasa kita ini hanya berbayar dengan lapar dan dahaga, marilah kita sama sama mengisi madrasah ramadhan kita ini dengan mendidik nafsu kita dengan amal ibadah dan kebaikan agar kita sama-sama beroleh barakahnya. sama-sama kita merasai manisnya halwatul iman. wAllahualam. 




credit to: ustaz yusof embong
               kolej unikop
               iluvislam.com

5 comments:

  1. good work...keep it up and more interesting to read...invite all your roommates to glorify Musolla....

    ReplyDelete
  2. cik ruru: syukran jazilan
    sang kancil gagah: syukran.. terima kasih atas nasihat.. insyaAllah ana akan igt pesan tuh :)

    ReplyDelete
  3. berfikir aku sejenak bila baca ni... tahniah... nice entry...

    ReplyDelete
  4. pha is : syukran.. selaku pendatang baru.. sedia menerima segala kritikan yg membina :)

    ReplyDelete