Monday 5 September 2011

bagaimanakah buah imanku??



bismillahirrahmanirrahim,

hampir seminggu Ramadhan meninggalkan kita, bermakna hampir seminggu jugalah kita menyambut Aidilfitri, dan sekarang tibalah masa yang sesuai untuk melihat hasil yang ditanam dan dibaja pada bulan Ramadhan yang lalu, disinilah kita dapat membezakan kualiti puasa seorang muslim dan puasa seorang mukmin. kualiti yang berbeza tentu sahajalah memberi kesan dan hasil yang berbeza terhadap setiap individu.

contohnya seperti televisyen, jika kita membeli televisyen yang berkualiti tinggi, tentu saja lah hasil yang kita peroleh itu memuaskan, dari segi kualiti gambarnya yang baik dan juga dari segi aspek ketahanan, biasanya akan tahan lebih lama, namun, jika kita membeli sebuah televisyen yang kurang kualitinya, pasti kepuasan yang diperoleh juga kurang, siaran-siaran yang disiarkan kurang baik dari segi gambarnya, dan juga tidak tahan lama.



begitu juga halnya ketika ramadhan, ramadhan itu kita anggap musim untuk menanam amal ibadah,  kita menanam pohon-pohon puasa selama sebulan dalam musim ramadhan, namun hasil yang diperoleh dari segi kualitinya berbeza-beza mengikut individu, bergantung sejauh mana tahap kerajinan individu itu menjaga dan membaja puasa mereka, jika individu itu rajin membuang rumput-rumput dosa dari hati mereka dan kerap membaja pohon puasa mereka dengan melakukan ibadah dan amal kebajikan, nescaya pohon yang ditanam itu tumbuh subur dan mampu mengeluarkan hasil yang banyak dalam tempoh yang lama sementara menunggu musim tanaman pada ramadhan akan datang, dapatlah mereka buah-buah iman yang lazat lagi berkualiti dari pohon puasa mereka itu, seterusnya memberikan zat-zat yang baik kepada jasad yang menghadam buah-buah iman itu. maka berterusanlah hati mereka ini disinari cahaya hidayah dan iman. jadilah mereka orang-orang mukmin yang mana hati mereka ini sentiasa dekat dengan Allah.



namun jika pohon puasa itu ditanam oleh individu yang kurang memberi perhatian terhadap tanaman mereka, tumbuhlah pohon itu dalam serba kekurangan, dalam keadaan lemah dan sentiasa bertarung dengan rumput-rumput dosa yang tumbuh meninggi, dan kadangkala pohon puasa itu mati sebelum waktu berbuka, dan jika bernasib baik, dapatlah pohon itu bertahan, dan hasilnya nanti juga juga kurang memuaskan, buah-buah iman yang dihasilkan dari pohon itu kurang berkualiti, tidak mampu membekalkan zat-zat yang secukupnya kepada jasad yang menghadamnya, pohon itu sering sahaja kesakitan, dahan-dahannya tidak mampu bertahan lama, cepat sahaja mereput. hayatnya seperti dijangka, tidak mapu bertahan lama, belum sahaja tiba musim tanaman pada ramadhan akan datang, pohon itu sudah terkulai layu, tidak lagi mampu membekalkan buah-buah iman kepada penanamnya, maka hiduplah jasad manusia itu dalam keadaan tiada bekalan iman, semakin hari cahaya keimanan dalam hati mereka semakin malap, dan lebih malang, terus lenyap keimanan dari diri mereka, mulalah hati mereka mempersoalkan tentang kewujudan tuhan mereka, mulalah hati mereka ini mempersoalkan tentang kebenaran Islam yang mereka anuti. akibat dari tiada cahaya dalam hati mereka ini, hiduplah mereka dalam kesesatan dan terus hanyut dalam keindahan dunia.


وَٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيۡڪُمۡ وَيُرِيدُ ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلشَّہَوَٲتِ أَن تَمِيلُواْ مَيۡلاً عَظِيمً۬ا
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong 
kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 27) 

oleh itu muslimin dan muslimat, sadaraku sekalian, mari kita bermuhasabah kembali, bagaimanakah ramadhan kita yang lalu, berkualitikah hasilnya? terkesankah kita dengan amalan puasa yang kita amalkan selama sebulan yang lalu? adakah diri kita semakin berubah kearah menjadi seorang mukmin sejati, ataupun musim ramadhan yang lalu tidak memberi kesan lansung kepada diri kita?? bagaimana kualiti kita pada ramadhan yang lalu, hanya Allah yang mampu menilainya dan hanya kita yang mampu merasa hasilnya , jika kita semakin bertambah cinta akan amal ibadah dan amal kebajikan, bersyukurlah kerana dapat merasai kualiti yang baik, namun jika kita masih seperti kita sebelumnya, segeralah melakukan perubahan, agar kita akan lebih bersedia untuk mengharungi ramadhan akan datang, moga hasilnya pada akan datang lebih baik pada tahun ini.

TaqabbalAllahu minna wa minkum

No comments:

Post a Comment