Wednesday, 28 September 2011

Dialah pecinta sejati


Bismillahirramanirrahim,

indahnya cinta
tidak terungkapkan dengan kata-kata
mampu memberi senyuman mampu juga menerbitkan air mata
anugerah kurniaan tuhan kepada makhluk ciptaaanya
cinta hadir bukan kerana dipinta
tetapi kerana cinta memang sentiasa ada bersama-sama
jauh di dalam hati
tersembunyi dalam sanubari
dan rasa cinta itu terbit bila diizinkan penciptaNya
cinta tidak semestinya minta dibalas
tetapi cinta adalah rasa kasih
kasih sesama makhluk pastinya diakhiri dengan perpisahan
berpisah kerana kehidupan atau kematian
kasih kepada Al-Khaliq jua yang kekal abadi
kekal berpanjangan
kerana Dialah pecinta sejati!

cinta yang suci tidak akan dicemari
dijaga rapi dan rasa kasih itu sedikit tidak terkurang
cinta sejati tidak akan dipengaruhi keadaan dan zaman
kerana cinta sejati itu dijauhi dari sifat yang keji
hanya yang berhati mulia mampu miliki
mampu temui cinta hakiki
cinta hakiki hanyalah cinta pada Rabbul Izzati
yang tidak pernah menolak akan setiap cinta dari makhlukNya
malah setiap kali dicintai bertambah kasih Dia kepada hambaNya
berganda dari cinta yang diberikan kepadaNya
sentiasa ada bersama siapa sahaja yang mencintainya
hanya dialah cinta hakiki
kerana Dialah pecinta sejati!

namun siapa yang punya cinta kepada Ilahi?
sedang Dia sentiasa menanti cinta dari kita
supaya kita tidak terbinasa
binasa dengan fitnah dunia
kerana rasa belas dan kasih dariNya
tidak mahu hambaNya merana selepas meninggalkan dunia yang fana
menjadi penghuni setia sang neraka
kerana waktu disana terlalu lama
sehari disana bersama 1000 tahun didunia lamanya
sesunggunhnya akhirat itu tiada pengakhiranNya
kerana itu Allah sentiasa membantu hambaNya
kerana tidak mahu hamba yang cintakanNya terbinasa
kerana cinta dariNya terlalu suci
kerana dialah pecinta sejati!

Tuesday, 27 September 2011

Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahhab




Bismillahirrahmanirrahim,


Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahhab
sejenak bersama..

Adapun mengenai perkara atau sejarah Muhammad bin Abdul Wahhab ini terdapat TIGA VERSI;

a). Versi puak pelampau pada zamannya yang menghinanya kerana Imam Muhammad telah memerangi kegiatan pelacuran dan kedai arak. Ini menganggu sistem kehidupan mereka. Selain itu para penyembah berhala, kubur dan manusia juga berleluasa pada zaman itu. Lalu mereka mengadakan cerita kononnya Imam Muhammad keras dan pelampau.

b). Versi puak Syiah yang mengambil kesempatan untuk menghancurkan ahlussunnah. Mereka mengada-adakan cerita dan menambah-nambah sesuatu yang bukan dari Islam, kemudian melagakan sesama umat Islam. Dengan mudahnya mereka akan katakan sunnah Rasulullah saw itu (yang ada pada Ahlussunnah) satu rekaan.

++ Perkara a & b mendapat banyak sambutan dari kebanyakkan umat Islam yang terpedaya dengan golongan ini. Terumatamanya Syiah. Ini kerana Syiah datang bersama di rantau asia ini. Jadi tidak hairanlah ramai yang mudah terpedaya dengan Syiah.

++ antara lain yang mendapat tentangan ialah larangan menziarahi kubur yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah, karangan Ibn Taimiyah, dan apa yang cuba disampaikan oleh tokoh ini ialah larangan terhadap amalan pemujaan kubur dan makam. hal ini mendapat tentangan hebat dari puak Jahiliyah pada zamannya, dan mereka mula mengadakan ngadakan cerita tanpa mengkaji lebih dalam tentang perkara ini, dalam kitab karangnan Ibn Taimiyah ada menyatakan bahawa larangan itu berlaku oleh kerana sikap masyarakat pada zaman itu sendiri, yakni kegemaran mereka dalam amalan pemujaan kubur2 dan makam2 para tokoh dan wali yang begitu berleluasa pada ketika itu, jadi, akibat rasa terpukul dengan tulisan itu, mereka mula mengadakan ngadakan cerita bagi memburukkan lagi keadaan, oleh itu hendaklah kalian menyelidiki dan mendalami setiap informasi yang diterima agar tidak  tergolong dalam golongan yang sesat. 






Bukan saja orang awam, malah ada ulama dan ustaz yang turut tertipu (tertipu kerana bahan bacaan dan khabar² angin ciptaan puak pelampau dan Syiah yang masih belum disahihkan kebenarannya pada masa itu). Bukannya sengaja, tetapi masih tidak tahu.

c). Versi kajian terkini oleh para ahli ilmu masakini, menunjukkan khabar palsu dan penipuan sejarah oleh puak pelampau dan Syiah..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sebelum kita mengambil sesuatu pendapat (TERUTAMANYA kepada para ustaz), perlu kita tahu akan kesahihannya dengan teliti agar ia tidak menjadi musibah kepada sesuatu kaum lalu menyesal atas apa yang disebarkannya. Berhati-hatilah sebelum terlambat..





* diambil dari tulisan saudara Ibrahim Nuh dan diperkemaskan kandungan  beserta isinya.. allahua'lam..

Monday, 26 September 2011

kenapa nafsuku masih tidak terkawal?


bismillahirrahmanirrahim,

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk melawan nafsu ku ini, sesungguhnya aku perlukan bantuanmu dalam melawan nafsuku, sesungguhnya ini lah jihad terbesar bagi diriku" . namun, kita masih lagi tertanya tanya, mengapa bantuan Allah itu seakan tidak hadir bersama dalam "perjuangan" tersebut. seringkali kita tertewas dalam mengawal nafsu, dan setiap kegagalan itu jugalah nafsu yang menjadi raja kita ketika itu, terus sahaja kita di suruh mengejar duniawi, disuruh nya mencari keseronokan yang sementara, di suruh kita mengejar wang ringgit, di suruhnya kita membeli itu dan ini sehingga berlaku pembaziran, di suruhnya mengejar perempuan bagi yang lelaki dan menggoda lelaki bagi yang perempuan, pelik bukan? doa sudah tidak putus-putus kita panjatkan. Namun disebalik semua ini, pernahkah kita bermuhasabah diri, di mana silap kita, mencari kesilapan-kesilapan dalam aktiviti kita seharian, tentu sahaja tidak bukan, kerana kita seringkali tertewas dengan nafsu tidur, dan penamat bagi kita untuk seharian juga disudahi dengan kegagalan, kerana gagal bermuhasabah diri, apatah lagi untuk mendirikan witir, walaupun satu rakaat, sedih bukan, dari celik mata smpai ke pejam mata, tewas sahaja keputusan yang kita peroleh.

namun berapa ramai yang sedar, kegagalan itu adalah akibat ketidak prihatinan kita dalam mengawal pancaindera yang lain, contoh yang paling mudah adalah berkenaan dengan mata, Kata Sayidina Umar r.a., "orang yang dapat menjaga pandangan matanya akan diberi kemantapan jiwa. Mata ialah jendela bagi hati. Apabila terjaga mata, maka terjaga hati kita."kita sentiasa berharap Allah membimbing namun tindakan dari kita, iaitu memelihara diri kita dari melihat perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sering sahaja kita ketepikan, kita terus sahaja memanjakan hati dan nafsu kita dengan menonton video atau cerita-cerita yang para pelakonnya tidak menutup aurat, diselitkan lagi dengan babak-babak cinta yang terus sahaja membuatkan fikiran kita berkhayal, bukankah melihat aurat insan yang lain itu haram hukumnya?, dan ditegah sama sekali, dan akhirnya kita hanyut dibuai oleh pujukan nafsu, nafsu itu semakin hari semakin degil kerana kesan dari sikap kita sendiri, ketika bersiar siar pula, mata kita terus sahaja terarah kepada wanita-wanita yang "seksi"  dan cantik rupa paras, dan bagi wanita pula terus sahaja mencuci mata dengan melihat kepada jejaka-jejaka tampan, tentu kita tidak pernah sedar akan hal ini bukan? nafsu kita menjadi degil!


 “Allah berfirman: ‘Pandangan itu adalah salah satu di antara panah-panah iblis. Sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan ganti kepadanya dengan suatu keimanan yang akan dirasai kemanisannya dalam hati.”


riwayat Al-Tabarani dan Al-Hakim





seterusnya ialah bahagian telinga kita, telinga kita seringkali di suap dengan alunan muzik-muzik yang melalaikan, melayani kelunakan dan kehalusan suara insan bernama hawa, kemachoan suara insan bernama Adam. menghidangkan telingan dengan muzik-muzik cinta, dan bertambah sedih lagu yang cintanya pada manusia bukan cinta kepada PENCIPTA!, yang memupuk berahi di dalam hati, tanpa kita sedar telah membangkitkan nafsu dan menambahkan lagi karat-karat dihati kita, dan semakin hari, hati kita susah menerima ilmu agama dan sukar membuat keputusan, kerana hidayah atau nur dari Allah itu sukar menembusi hati-hati yang dipenuhi karat,akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. telinga kita terasa berat untuk mendengar tazkirah dan bosan mendengar nasihat. dan hasilnya, tetaplah kita dalam golongan orang-orang yang jahil, tentu kita tidak sedar bukan? nafsu kita semakin degil!



dalam kehidupan seharian hidup kita terasa bosan jika tiada teman untuk berbicara, hurmm.. namun topik apa yang hendak dibualkan? "reka sahaja lah topik apapun, janji aku tidak bosan!" jadi, mulalah mulut kita berbicara perkara-perkara yang tidak sepatutnya dituturkan, aib saudara-saudara mula dicanangkan, perkara-perkara fitnah dan dusta mula kita perbesarkan. hati kita terus sahaja seronok melakukan perkara-perkara tersebut kerana hidup kita sentiasa berteman nafsu dan syaitan, yakni nafsu terus sahaja membelai keseronokan itu pada hati kita, disamping sorakan kemenangan syaitan menyambut teman baru mereka di neraka jahannam, dan hati kita terus berkerak dan berkarat, menyebabkan hidayah dan nur dari Allah semakin sukar untuk masuk, ruang dan peluang untuk hidayah itu masuk semakin mengecil dan terus mengecil. jadilah kita insan-insan yang kerugian. tentu kita tidak sedar bukan??

sabda Rasulullah S.A.W diriwayatkan oleh Al-Kharaithi daripada Hassan Al-Basri bermaksud :
"sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak dibelakang hatinya, apabila ia hendak berkata sesuatu maka hatinya akan lebih mengerti terlebih dahulu sebelum diucapkan melalui lidahnya. lidah bagi orang munafik pula terletak dihadapan hatinya, apabila dia berkata sesuatu nescaya akan diucapkan terus tanpa mempedulikan hatinya"

oleh itu wahai saudara dan saudariku, sedarlah! sedarlah bahawa kedegilan nafsu itu adalah hasil dari sifat dan akhlak kita sendiri, akibat dari sifat kita yang terus sahaja memanjakan nafsu kita dengan melayani cerita-cerita korea dan cerita cinta yang lain dengan linangan air mata, masih menghayati alunan muzik yang melalaikan sambil menghafal lirik-lirik yang tidak berfaedah, terus sahaja mengumpat dan menyebarkan fitnah kerana takut kesunyian akibat kehilangan teman. ingatlah bidadari di syurga lebih indah dari wanita di dunia, muzik di syurga itu lebih lunak dari muzik dunia dan teman berbicara di syurga itu lebih mulia dari teman berbicara di dunia. kembalilah semula di jalan yang diredhai Allah, tinggalkanlah larangan dan segerakanlah suruhanNya. sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun, dan air mata yang paling bernilai adalah air  mata seorang hamba yang menangisi kesilapannya ketika memohon keampunan dari tuhanNya, kikislah karat-karat yang sudah lama bersarang dihati kita dengan dengan zikrullah dan kerap membaca Al-Qur'an, cucilah karat dihati kita dengan melangkah ke majlis-majlis ilmu yang sering mengingatkan kita untuk sentiasa berada dijalan yang diredhiNya. semoga kita semua terselamat dari fitnah dunia. amin ya Rabbal a'lamin.


Wednesday, 21 September 2011

Elaika ( syair Imam As-Syafi'e)



bismillahirahmanirrahim,


masyaAllah, terasa begitu kerdilnya diri ini selepas membaca bait-bait syair daripada Imam Syafie ini, begitu tawadhu'nya seorang Imam, saat kesakitan, beliau masih lagi menghinakan diri untuk mendapat keampunan dari Allah, semakin bertambah amalnya, semakin banyak dia mengakui kesilapannya, marilah kita sama-sama menghayati bait-bait syair saat beliau kesakitan sebelum dijemput Ilahi. Elaika.

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
يـقــولحبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
 meninggikan dan memuliakan(martabatnya).