Thursday 6 October 2011

ujian duniawi


bismillahirrahmanirrahim,


sungguh dunia ini hanyalah ujian semata mata..
yang terkandung dalamnya semuanya dusta..
yang sememangnya dicipta oleh sang Pencipta..
untuk menguji hambaNya..

jasad hanyalah syarat untuk si Roh memasuki alam dunia..
untuk diuji sekuat mana ia berpegang janji kepada Tuhannya..
saat dulu dia bersumpah setia tika menghadapNya..
apakah mampu si Roh bersama jasad mengotakan janjinya..

kerana kasih akan hambaNya..
yang sememang sering terlupa akan tujuan asal mereka..
lalu diutuskan kepada mereka dari kalangan mereka..
sebagai mengingatkan kembali segala suruhan dan tegahanNya..

namun..dalam tercari-cari..
dalam cuba memahami segala kata hati..
banyak ranjau dan duri perlu dilalui..
kerana fitnah dan tipuan syaitan itu tidak akan berhenti..

kerana memang tertulis sejak azali..
syaitan itu memang bersifat hasat dan dengki..
dengan segala kelebihan yang anak adam miliki..
untuk dilantik menjadi khalifah di muka bumi..

namun.. tidak ramai yang menyedari..
akan tugas mereka yang hakiki ini..
kerana ramai yang tertipu dengan fitnah duniawi
mengejar keseronokan dalam dunia sendiri

akhirnya hanyutlah anak adam di alam fantasi..
yang akan membinasakan mereka sendiri..
kerana akhirat itu bersifat abadi..
tempat mereka menerima balasan atas perbuatan sendiri..

beruntunglah insan yang sentiasa mengingati..
yang sering mengotakan segala janji..
tidak mudah tertipu dengan fitnah yang dilalui..
tidak letih untuk berbakti dan berbudi..

kerana mereka sedar akan tugas yang hakiki..
yakni berbudi dan memakmurkan muka bumi..
dan mereka begitu meyakini..
yang setiap janji Allah itu pasti..

janji Allah kepada golongan yang berpegang pada janji..
mendapat balasan baik di akhirat yang abadi..
moga kita lah orang yang berpegang pada janji..
yang dijanjikan hidup bahagia dalam syurgawi..

2 comments:

  1. kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaanNYA...kdg kala ujian yg diterima dlam jangka masa yang panjang..itulah tanda kasih sayangNYA kerana di saat ujian itu,mungkin hati kita masih berbuat dosa,diri masih lg belum berhijrah ke arah yg lebih baik...semoga terus istiqamah dalam jalan kebaikan

    ReplyDelete
  2. kembara tarbiyyah : amin.. moga terus tabah dan istiqamah :)

    ReplyDelete