bismillahirrahmanirrahim,
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk melawan nafsu ku ini, sesungguhnya aku perlukan bantuanmu dalam melawan nafsuku, sesungguhnya ini lah jihad terbesar bagi diriku" . namun, kita masih lagi tertanya tanya, mengapa bantuan Allah itu seakan tidak hadir bersama dalam "perjuangan" tersebut. seringkali kita tertewas dalam mengawal nafsu, dan setiap kegagalan itu jugalah nafsu yang menjadi raja kita ketika itu, terus sahaja kita di suruh mengejar duniawi, disuruh nya mencari keseronokan yang sementara, di suruh kita mengejar wang ringgit, di suruhnya kita membeli itu dan ini sehingga berlaku pembaziran, di suruhnya mengejar perempuan bagi yang lelaki dan menggoda lelaki bagi yang perempuan, pelik bukan? doa sudah tidak putus-putus kita panjatkan. Namun disebalik semua ini, pernahkah kita bermuhasabah diri, di mana silap kita, mencari kesilapan-kesilapan dalam aktiviti kita seharian, tentu sahaja tidak bukan, kerana kita seringkali tertewas dengan nafsu tidur, dan penamat bagi kita untuk seharian juga disudahi dengan kegagalan, kerana gagal bermuhasabah diri, apatah lagi untuk mendirikan witir, walaupun satu rakaat, sedih bukan, dari celik mata smpai ke pejam mata, tewas sahaja keputusan yang kita peroleh.
namun berapa ramai yang sedar, kegagalan itu adalah akibat ketidak prihatinan kita dalam mengawal pancaindera yang lain, contoh yang paling mudah adalah berkenaan dengan mata,
Kata Sayidina Umar r.a., "orang yang dapat menjaga pandangan matanya akan diberi kemantapan jiwa. Mata ialah jendela bagi hati. Apabila terjaga mata, maka terjaga hati kita."kita sentiasa berharap Allah membimbing namun tindakan dari kita, iaitu memelihara diri kita dari melihat perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sering sahaja kita ketepikan, kita terus sahaja memanjakan hati dan nafsu kita dengan menonton video atau cerita-cerita yang para pelakonnya tidak menutup aurat, diselitkan lagi dengan babak-babak cinta yang terus sahaja membuatkan fikiran kita berkhayal, bukankah melihat aurat insan yang lain itu haram hukumnya?, dan ditegah sama sekali, dan akhirnya kita hanyut dibuai oleh pujukan nafsu, nafsu itu semakin hari semakin degil kerana kesan dari sikap kita sendiri, ketika bersiar siar pula, mata kita terus sahaja terarah kepada wanita-wanita yang "seksi" dan cantik rupa paras, dan bagi wanita pula terus sahaja mencuci mata dengan melihat kepada jejaka-jejaka tampan, tentu kita tidak pernah sedar akan hal ini bukan? nafsu kita menjadi degil!
“Allah berfirman: ‘Pandangan itu adalah salah satu di antara panah-panah iblis. Sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan ganti kepadanya dengan suatu keimanan yang akan dirasai kemanisannya dalam hati.”
riwayat Al-Tabarani dan Al-Hakim
seterusnya ialah bahagian telinga kita, telinga kita seringkali di suap dengan alunan muzik-muzik yang melalaikan, melayani kelunakan dan kehalusan suara insan bernama hawa, kemachoan suara insan bernama Adam. menghidangkan telingan dengan muzik-muzik cinta, dan bertambah sedih lagu yang cintanya pada manusia bukan cinta kepada PENCIPTA!, yang memupuk berahi di dalam hati, tanpa kita sedar telah membangkitkan nafsu dan menambahkan lagi karat-karat dihati kita, dan semakin hari, hati kita susah menerima ilmu agama dan sukar membuat keputusan, kerana hidayah atau nur dari Allah itu sukar menembusi hati-hati yang dipenuhi karat,akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. telinga kita terasa berat untuk mendengar tazkirah dan bosan mendengar nasihat. dan hasilnya, tetaplah kita dalam golongan orang-orang yang jahil, tentu kita tidak sedar bukan? nafsu kita semakin degil!
dalam kehidupan seharian hidup kita terasa bosan jika tiada teman untuk berbicara, hurmm.. namun topik apa yang hendak dibualkan? "reka sahaja lah topik apapun, janji aku tidak bosan!" jadi, mulalah mulut kita berbicara perkara-perkara yang tidak sepatutnya dituturkan, aib saudara-saudara mula dicanangkan, perkara-perkara fitnah dan dusta mula kita perbesarkan. hati kita terus sahaja seronok melakukan perkara-perkara tersebut kerana hidup kita sentiasa berteman nafsu dan syaitan, yakni nafsu terus sahaja membelai keseronokan itu pada hati kita, disamping sorakan kemenangan syaitan menyambut teman baru mereka di neraka jahannam, dan hati kita terus berkerak dan berkarat, menyebabkan hidayah dan nur dari Allah semakin sukar untuk masuk, ruang dan peluang untuk hidayah itu masuk semakin mengecil dan terus mengecil. jadilah kita insan-insan yang kerugian. tentu kita tidak sedar bukan??
sabda Rasulullah S.A.W diriwayatkan oleh Al-Kharaithi daripada Hassan Al-Basri bermaksud :
"sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak dibelakang hatinya, apabila ia hendak berkata sesuatu maka hatinya akan lebih mengerti terlebih dahulu sebelum diucapkan melalui lidahnya. lidah bagi orang munafik pula terletak dihadapan hatinya, apabila dia berkata sesuatu nescaya akan diucapkan terus tanpa mempedulikan hatinya"
oleh itu wahai saudara dan saudariku, sedarlah! sedarlah bahawa kedegilan nafsu itu adalah hasil dari sifat dan akhlak kita sendiri, akibat dari sifat kita yang terus sahaja memanjakan nafsu kita dengan melayani cerita-cerita korea dan cerita cinta yang lain dengan linangan air mata, masih menghayati alunan muzik yang melalaikan sambil menghafal lirik-lirik yang tidak berfaedah, terus sahaja mengumpat dan menyebarkan fitnah kerana takut kesunyian akibat kehilangan teman. ingatlah bidadari di syurga lebih indah dari wanita di dunia, muzik di syurga itu lebih lunak dari muzik dunia dan teman berbicara di syurga itu lebih mulia dari teman berbicara di dunia. kembalilah semula di jalan yang diredhai Allah, tinggalkanlah larangan dan segerakanlah suruhanNya. sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun, dan air mata yang paling bernilai adalah air mata seorang hamba yang menangisi kesilapannya ketika memohon keampunan dari tuhanNya, kikislah karat-karat yang sudah lama bersarang dihati kita dengan dengan zikrullah dan kerap membaca Al-Qur'an, cucilah karat dihati kita dengan melangkah ke majlis-majlis ilmu yang sering mengingatkan kita untuk sentiasa berada dijalan yang diredhiNya. semoga kita semua terselamat dari fitnah dunia. amin ya Rabbal a'lamin.