Wednesday 14 December 2011

Setiap Hukum dan Hikmahnya




Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”

 
(Muslim)


Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.



sumber: JAKIM

syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis

bismillahirrahmanirrahim

gambar hiasan

sebuah syair untuk semua..


Tuesday 13 December 2011

mazhab

bismillahirrahmanirrahim..

dalam masa kini, kita mula lihat, setelah lama kita dipengaruhi oleh pemikiran barat yang kononnya memperjuangkan modenisasi dalam pemikiran dan sebagainya, setiap muslim mula sedar, mula celik.. bahawa agenda dan dakyah yang dibawa oleh barat tidak mampu memberikan kemajuan mahupun keamanan kepada manusia sejagat, kerana pemikiran yang dibawa oleh barat sama sekali bercanggah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. oleh itu, umat Islam telah mula bangkit mencari semula "Islam" yang lama "hilang" dalam kehidupan mereka, usaha-usaha untuk mendapatkan Islam diantaranya adalah dengan mencari kefahaman tentang Islam, seterusnya menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup mereka. namun begitu, masih ramai yang mengamalkan Islam secara ikut ikutan, dengan tidak memahami apa yang mereka amalkan selama ini, apakah sumber yang menjadi amalan mereka, mengapa keadaan itu menjadi begitu dan sebagainya, dan yang mereka pasti adalah mereka berbangga mengikut mazhab-mazhab.. "aku adalah mazhab ini.. aku adalah yang terbaik".. oleh sebab keangkuhan mereka ini, mereka sukar untuk dikeluarkan dari lingkungan kejahilan, oleh yang demikian, marilah kita sama memahami, apakah Islam itu dilahirkan memang dalam bentuk mazhab-mazhab? huraian ringkas Dr Asri dalam video dibawah sedikit sebanyak akan membuka minda kita, dengan syarat, menerima ilmu dalam keadaan berlapang dada dan memberi tumpuan sebaiknya


jadi.. sedikit sebanyak selepas tonton penerangan dari ustaz Dr Asri Zainul Abidin..  minda kita akan terbuka sedikit, jadi bagaimana pula kalau kita "campur-campur" ya kesemua mazhab ni... mari kita dengar lagi penerangan berkenaan hal ini


hmmm... sekarang makin jelas bukan.. amalan ni sebenarnya berpandukan Al-Quran dan Al-hadis dengar lagi penerangan yang baik dari Dr Asri


lepas tengok semua ni harap kalian bertambah faham lah .. moga dengan ini kefahaman kita mengenai Islam lebih mendalami.. seterusnya menjadikan Islam itu memang pilihan cara hidup kita bukannya disebabkan oleh  keturunan atau ikut secara taqlid buta.. Allahumma faqihna fid din.. :)

Monday 12 December 2011

Hukum Merokok - Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Huraian hukum merokok oleh Al-Fadhil Ustaz Sheikh Nuruddin Al-Banjari



Punca Segala Bencana



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

 
(Muslim)


Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)



sumber : JAKIM

Wednesday 23 November 2011

ujub dan riak

bismillahirrahmanirrahim..



ujub dan riak? apa tu?????

ma makna ujub?? ma makna riak?? ramai dalam kalangan kita menyalahkan ertikan maksud sebenar ujub dan riak.. ramai dari kita beranggapan ujub dan riak membawa maksud yang sama.. ujub sebenarnya perasaan yang lahir dari hati yang merasakan diri sendiri lebih mulia dan baik dari orang yang lain.. kata hati yang dibisikkan oleh syaitan bagi merosakkan amalan kebajikan dan ibadah .. "I'm just better than you" .. semakin hari kita melakukan amal ibadah.. semakin teruk pandangan kita terhadap orang lain.. sehingga perasaan ini kadang kala mengasuh kita menjadi seorang yang degil dan sukar untuk menerima nasihat.. kerana merasa diri lebih baik dari orang yang memberi nasihat.. sedang Islam mengajar kita untuk bersifat tawadhuk.. rendah diri.. dan merasakan amalan yang dilakukan masih banyak yang perlu diperbaiki.. merasakan diri ini hina kerana dalam kehidupan sehari hari.. diri kita tak terlepas dari melakukan dosa..

riak pula adalah sifat bermegah-megah dalam melakukan sesuatu.. menunjuk-nunjuk.. melakukan amalan supaya diri dipandang mulia oleh orang lain..  "look at me, I can perform the solah as Imam better than you" semakin hari diri merasakan seronok menerima pujian.. dan semakin hari semakin diri meningkatkan amalan.. untuk mendapat pujian yang lebih.. sedang ketika berseorangan, diri merasakan begitu malas sekali untuk bersujud kepada Allah.. amalan yang dilakukan penuh kepuraan.. mendapat pujian dari manusia sedang Allah murka.. walaupun ujub riak ini tidak membawa erti yang sama-sama.. namun kedua perasaan ini sering ada bersama-sama .. dan sebenarnya perasaan ini dibisikkan oleh syaitan bagi merosakkan amalan yang dilakukan oleh anak adam...

Peringkat Riak
1- Riak Akhbar : Melakukan ibadat untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan bukan untuk beroleh keredhaan Allah. Contoh : Dia beribadat kerana nak sanjungan dari manusia.

2- Riak Asghar : Melakukan sesuatu kerana Allah dan selain daripada-Nya. Contoh : Dia bersedekah kerana melihat si pulan tu glamour dan dalam masa yang sama dia bersedekah kerana Allah.

3- Riak Jali (secara terang) : Memerlukan sesuatu kesan yang nyata mendorong seseorang itu melakukan amal ibadat sehingga tanpa riak dia tidak berminat untuk melakukan amal. Contoh : Dia mesti mencari kemegahan bila bersedekah. Kalau nak bersedekah mesti dapat liputan meluas dalam berita. Jika tidak, dia tidak mahu bersedekah.

4- Riak Khafi (secara tersembunyi) : Tersembunyi di dalam hati dan hanya dia tahu apa yang bermain dalam hatinya. Riak ini juga menjadi pendorong baginya untuk terus beribadat. Contoh : Demi memikat hati pemuda yang kuat beribadat dan kaya itu suka padanya, dia sanggup pakai tudung, sentiasa solat berjemaah di surau, berkelakuan sopan dihadapannya. Di belakang lain cerita.


ulamak menyatakan golongan yang mempunyai kedua-dua atau salah satu sifat di atas akan tertolak amalannya disisi Allah S.W.T.. kerana Allah hanya menerima amalan hambanya yang ikhlas dalam mencari rahmat Allah S.W.T.. adakah kita lupa?? atau sememangnya kita tidak mengetahui... bahawa seseorang itu memasuki syurga adalah dengan rahmat Allah S.W.T.. dan amalan yang dilakukan hanyalah satu usaha kita dalam mendapat rahmat Allah S.W.T.. bagaimana kita mampu mendapatkan rahmat Allah S.W.T sedang dalam melakukan ibadah kita tiada sifat tawadhuk dan sibuk mencari pujian orang lain.. sedang insan-insan yang lain hanyalah hamba yang daif.. sama seperti kita.. yang tidak mampu memberi apa-apa sedang yang maha berkuasa hanyalah Allah S.W.T.. tuhan sekalian alam.. jadi.. mari sambil kita renung2.. dimanakah nilai kita disi Allah S.W.T sebenarnya..

KESIMPULAN
kedua-dua sifat di atas hendaklah kita kikis kerana ia adalah musuh no 1 kita dalam melakukan amal kebajikan dan ibadah.. kedua dua sifat ini mampu mengheret kita ke nereka Allah S.W.T yang sangat pedih.. bertaubatlah kita kepada Allah S.W.T.. carilah redha Allah.. kerana dengan rahmatNya lah kita akan beroleh kejayaan.. berdoalah kepada Allah S.W.T supaya disemaikan benih cinta kepadaNya melebihi cinta kita kepada dunia.. kerana kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mendapat cinta dari Allah S.W.T

mari kita lihat gambar di bawah.. mengenai pintu-pintu syaitan yang ada dalam diri kita dan cara menutupinya

Friday 14 October 2011

kebenaran

bismillahirrahmanirrahim


andai kebenaran itu menyebabkan diriku kelaparan..
biarlah.. asalkan rohani ku kekenyangan..
andai kebenaran itu menyebabkan diriku kelaparan..
biarlah.. kerana ia akan mengajarku erti kesabaran..
andai kebenaran itu menyebabkan diriku kelaparan..
biarlah.. kerana ia menghadirkan kemanisan iman


andai kebenaran itu menyebabkan diriku kelaparan..
biarlah.. kerana perut yang kosong itu mudah mengawal nafsu..
andai kebenaran itu menyebabkan diriku kelaparan..
biarlah.. kerana perut yang kosong itu mudah menerima ilmu..
andai kebenaran itu menyebabkan diriku kelaparan..
biarlah.. kerana aku yakin disitulah terletaknya redhaMu..

izinkan aku pergi dalam redhaMu